hati ku sepi ditinggalkan pergi,
lalu ku bawa lari jauh bersama ombak sepi, hanyut ditengah lautan,
terumbang ambing dihempas ombak yang meninggi,
ku kuatkan semangat agar tidak terus karam,
akhirnya terdampar dipesisir pantai,
jiwaku lemah longlai tiada daya,
lantas ku cuba memujuk hatiku yang luka,
mengorak langkah menyusuri pantai yang damai untuk merawat lara,
di sana setiap langkah aku terpesona,
melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan,
ku menghirup udara yang segar,
penuh dengan nikmat kurniaan Tuhan,
sejenak aku terfikir,
begitu uniknya dunia mu Tuhan,
kerana disebalik selpas hujan pasti akan ada matahari,
disebalik kejahatan akan ada kebaikan,
disebalik keresahan ada ketenangan,
yang pastinya disebalik kesusahan pasti ada kesenangan seperti firman MU Ya Allah dalam surah Al-Insyirah,
aduh.. indahnya hidup ini..
Aku bersyukur padamu Tuhan kerana
disinilah ku temui kekuatan….

sepi itu indah..




0 ulasan or komen:
Post a Comment